Sunday, November 22, 2009

Betik a.k.a papaya

0 comments
Ini belakang umah gak...
tiap2 hari sambil basuh pinggan, duk intai kot tingkap dapur...bila la nak masak... akhirnya ...




excited tengok  buah yang sulung menguning.


ni tgh tunggu turn nak masak..



Mini kebun update 1

0 comments

Kacang botol merayap di pagar..




Ulam-ulaman..




Pokok Kari




Pandan version dlm pasu




haaa... kenal tak pokok apa ni..?
 ini lah pokok pucuk manis, wat sayur lemak  sedap.. mak bawa keratan batang dari kampung, sekrang dah banyak kali gak makan hasil.. alhamdullillah

Saturday, November 21, 2009

Harapan ibu

0 comments

Semoga syira jadi anak yang solehah...aminn...






AllahhuAkhbar

AllahhuAkhbar

Tuesday, November 17, 2009

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan..

0 comments
Hubby gi training 4 hari..
Rasa lain pulak bila kena tinggal..
Pepatah kata "Sayang anak tangan2 kan, sayang isteri tinggal2kan.."

errmmm....betul ke...

Thursday, November 12, 2009

balik kuantan + operation mak

0 comments
Salam,..

lama tak update,..

Weekend yang lepas, kami skuaga balik kuantan, mak nak wat sedikit operation di Kuantan Medical Centre.

Jumaat malam dalam kul 8 malam, bertolak, ceksue ikut kitaorg gak....dia tunggu kat stesyen minyak area gombak...


Sabtu,..Alhamdullillah, operation berjalan lancar dan lepas 1 hari mak dibenarkan balik.

Then, petang Ahad balik Tasik Biru.. malam dalam pukul 8 lebih sampai umah..

Chicken pox syira dah baik....mujur tak banyak parut..hampir tiada..
Memang betul, ubat anti-viral yang baru tu cepat hentikan chicken pox...naik teruk cuma 2-3 hari, pastu dia start kering...dan tak de tumbuh yg baru lagi..

Ada ambik gambar syira,...tak sempat nak upload lagi... bz giler giler....

Wednesday, November 4, 2009

Mandian Herba Cina-Chicken pox

0 comments
Anak aku makin banyak naik bijik2 air kat badan, muka...kesian aku tgk...budak2 kelas dia tengah periksa akhir tahun ni...tapi syira MC seminggu,....

Ayah dia dah telepon guru kelas, minta kebenaran exam lewat ,lepas naik MC...kalau tak markah sumer 0, sebab tak hadir..

Ramai kawan bgtau, carik daun semambu, buat mandi dan lapik tidur...tapi kat KL ni mana nak carik..daun mambu pun aku tak kenal yg mana satu, klu kat kg leh minta org tua carikan..

Dapat tahu dari seorg kawan pula,thanks to Nikmatul Adha,... ada sejenis ubat herba buat dari daun2 yg di keringkan.. kat kedai singseh..katanya bagus utk chicken pox,sejukkan badan dan ilangkan gatal2... kena rebus dan wat mandi.

So,.. malamnya, aku pun singgah kedai singseh, tanya tokeh cina tu...dia kasi ubat ni...rebus,..then wat mandi...kasi sejuk badan,...

dia tulis kat bungkusan tu Babies Herbal Bath...aku tanya tokeh, "anak saya 7 tahun, bukan bayi"..dia cakap..ubat ni boleh pakai...org dewasa demam pun boleh mandi, kasi sejuk badan....

aku beli 4 bungkus, 1 bungkus RM2.20 jer...nak try dulu, kalau bagus leh beli lagi...



Mandian Herba Cina




cara-cara
Wah..utk jerawat org dewasa pun buleh?? apa lagi....sesapa yg berjerawat..leh la try..
Dalam paket ni ada 1 uncang (mcm uncang teh tapi besar)....ada daun2 kering dalamnya..

Baru pakai 1 paket semalam....."Anak aku cakap bau macam air cincau.....rasa nak minum jer bila lalu kat mulut..."hehehe...



Monday, November 2, 2009

Syira kena chicken pox

6 comments
Nak share story kat ibubapa2 yg lum pernah anak kena chicken pox,...

Hari sabtu baru ni, pagi antar anak gi kem bestari solat kat skolah kebangsaan dia, dia memang excited sangat nak pergi...awal2 dah bangun...dia ceria jer,...balik skolah pun ceria,...citer cikgu ajar ambik wudhu' dan baca doa iftitah..

tp petangnya ... dia ngadu sakit kepala, rasa badan cam panas...aku "rasa" dahi dia suam2... tgk2 ada bintil2/bijik2 kat badan dia... aku syak, chicken pox kot...???

Tapi suami kata bukan ni,...sebab bintil2 tu kecik jer..dan 3 bijik je,...satu kat belakang badan, 2 kat tengkok...

bawa pi klinik, doktor pun tak leh nak sahkan, sebab dia kata awal sangat nak detect, kot la bijik2 gatal2 yg lain... doktor pesan, kalau esok naik lagi bintil2 yg baru, bawa lagi ke klinik utk abik ubat anti-viral khas utk chicken pox, so malam tu, doktor cuma kasi ubat minum utk tahan gatal ngan calamine lotion je utk kurangkan gatal2.. ubat demam (nurofen) dah ada kat umah..so doktor cakap teruskan bagi ubat demam tu,...

Esoknya Ahad,...

Comfirm,...pagi2 lagi naik 2 biji kat dahi, kat tengkuk dan leher dah makin banyak,..kat badan main banyak, kat lengan ada 2-3 biji..masih kecik2 lg, manakala yg 1 kat belakang semalam dan mula membesar dan ada air..

So , bawa ke klinik lagi... doktor cakap, yes..its confirm chicken pox...
sian syira, patutnya isnin ni dah periksa akhir tahun,....


doktor tanya , sama ada nak bg anti-viral atau nak ubat secara tradisi ?
mula2 aku terfikir dalam hati...doktor india ni percaya gak ke ubat2 kampung utk chicken pox ni?? sebab dulu masa aku kena,mak aku mintakan air penawar ngan ubat bedak sejuk berjampi dari sorg haji dalam kampung aku...

Rupa2 nyer.....doktor explain..
Sekarang ni ada sejenis ubat anti-viral yang boleh stopkan pembentukan virus demam chicken pox tu, namanya....."VIRLESS Tablet, Acyclovir 800mg ", kat kotak tulis "For the treatment of Herpes Simplex Virus & Varicella-Zoster"...aku tak paham sebab dulu tak belajar jadik doktor...hehe..ni ubat dia..



ubat syira

K, doktor kata virus chicken-pox ni menduplicate dengan pantas... dari 1 jadi 2, 2 jadi 4, 4 jadi 8...sebab tu mula ada seketul, pastu ada 2 lagi kat tempat berdekatan, next ada 4 lg, next ada 8 lagi... so ubat ni akan stopkan pembentukan virus2 yg baru tu,....Kalau secara tradisi ambik masa 2 minggu, dengan ubat ni (dan izin Allah swt), leh baik dalam 3-5 hari saja...

Ubat ni harga RM70,..so kalau berkempuan, bagi lah,...kesian kat budak kecik..
org besar pun tak tahan ngan chicken pox ni, cam aku dulu kena masa umur dah 21 tahun, kat USM...huhu perit ooowh..panas lagi, rimas lagi, gatal lagi...errrhh..

okay...yg secara tradisi doktor cakap tadi pulak... adalah cara lama perubatan, iaitu cuma kasi ubat demam dan krim gatal2...dan biarkan chicken pox tu terus kuar... cara ni makan masa dalam 10 hari hingga 2 minggu..

owh..akhirnya kiter decide untuk minta doktor bagi jer ubat anti-viral.. bayar RM70, tak per lah..asal anak ibu cepat sihat....jangan sakit lama2...

Sunday, October 25, 2009

Weekend 24-25/10/09

1 comments
Jumaat 23/10/29
Jumaat malam: cek sue(adik aku) dtg...dah agak lama gak cek sue asyik bz jer... syira sonok sgt bila cek sue dpt balik minggu ni..

Sabtu 24/10/09
Sabtu pagi: bawa ceksue n syira pekena roti canai terhebat kat area kg.Melayu Kundang, dkat2 area tasik biru.

cek sue with teh tarik n roti canainyer..

cuba kira berapa org tukang tebar canai?...


Lepas sarapan, bawa syira pergi Hari Tunas Usahawan kat Sek. Keb.Kuang
Macam2 aktiviti
  • beli kupon RM10
  • gerai2 jualan
  • gerai haiwan eksotik
  • ular, iguana..etc


                                                Syira pegang ular,tp mak dia yg nak menjerit...eeeeeiii..




Iguana yg sgt besar ,,mcm buaya...."Vlueerrr"
  • masuk rumah hantu



  • beli air kelapa kupon RM3.50/1 biji
  • Tengok wayang upin-ipin-kupon RM1
  • balik umah lebih kurang kul 1 tgh
  • -kemas umah, vacuum+ basuh sarung sofa
Ahad.
  • Sarapan
  • Pergi Hiong Kong beli
  • -beg skolah syira
  • -kasut sekolah 1psg
  • -slipar jepun cantik
  • Balik Rumah dalam kul 2 ptg,..
  • -masak
  • -tolong acik wat asgment data structures
  • -tengok suami wat banner...kat atas tu la hasilnyer..cantik tak banner laman15 yg baru?hehe..
dah malam lar...esok2 free aku upload gambar,....

Kediaman on 25/10/2009

0 comments

Rumah No 15




Sambutan Aidil Fitri PPTTB '09

1 comments














Ahad,..18hb Oktober 2009
First time aku menyambut majlis Hari Raya bersama penduduk-penduduk Taman Tasik Biru. Meriah jugak, tapi kelam kabut sikit la. Maklumlah anak sulong... tapi best dapat jumpa jiran-jiran, dan berkenalan dengan jiran-jiran lorong lain.





















Tapi paling best, tak sangka nak jadi rezeki, tiba-tiba aku dapat hamper dari cabutan bertuah... no pendaftaran persatuan penduduk 0825 .















Cikgu kelas anak aku pun jiran Tasik Biru ( Gambar anak aku dengan cikgu kelasnya ). Duduk di baris belakang rumah aku. Kira best la duduk kat Taman ni, ada macam-macam. Nak mancing, pergi je kat tasik depan perumahan. Nak mandi pun boleh. Nak tengok orang main Jet ski, free lagi. Datang la jengok. Tak tipu pun.

Thursday, October 22, 2009

Mini garden

2 comments
Kat depan rumah suatu ketika dahulu...masa mula2 pindah rumah...
Sekitar June 2008,.. kiter excited nak tanam pokok..maklumlah dulu rumah sewa duk di awangan... rumah apartment. Baru nak merasa ber tanam di laman sendiri, walau comel jer sizenye.. aku happy..












Naik Tangga Turun Tangga

0 comments
Teringat dulu ada citer bertajuk "Naik Tangga Turun Tangga.."..drama RTM..
nostalgia tul drama tu yer...masa tu aku kecik lagi... sekolah rendah kot..


Ini "Naik Tangga Turun Tangga" edisi rumah nombor 15..... :)


Tangga

Perasan tak ada sepasang tongkat tersandar di bawah sana...tongkat? tongkat siapa tu??

Wednesday, October 21, 2009

Mini kebun dibelakang rumah..

0 comments
Aku dan suami suka melihat pokok2 hijau..

Kalau mak dtg...mak suka bawakan biji benih, anak pokok... baja...then berkebun di laman belakang...

Kalau mak mertua dtang pun sama...selalu bawa batang ubi kayu, benih bayam.. mak mertua pantang tengok ada rumput..dicabut rumput sampai licin..


Ini antara hasil tanaman kami di belakang rumah..


Pokok Terung
 hasil kutipan




Cili besar


Pandan

betik dah berbunga, belakang dia serai


pokok cili padi ni kecik lagi, dah pandai berbuah..


bulat dan berkilat..

Tak banyak tapi..dapatlah bagi kat jiran2..

No 15...Rumahku Syurgaku..

0 comments
Salam Sejahtera..

Laman ini diciptakan khas untuk menyimpan koleksi cerita dan gambar2 berkenaan rumah nombor 15 dan aktiviti kami skuaga...



Dari kiri,..suami tercinta..Encik Ab. Halim, isteri dia  ..Tg. Hasliza(hehe..aku la tu) and their one and only princess...Puteri Nurul Nasyirah... gambar ni depan rumah nombor 15...


Rumahku Syurgaku...

Wassalam..